Thursday, 24 August 2017

KERJA KURSUS (STRES)

Stres

Ambil konon sebab stres


Kuala Lumpur: Tekanan hidup dan mahu menghilangkan stres. Itu antara alasan diberikan tujuh gelandangan yang ditahan selepas didapati positif dadah, dalam operasi bersepadu baru-baru ini.
Operasi dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur di sekitar ibu negara yang dikenalpasti sebagai lokasi tumpuan gelandangan.
Dalam pemeriksaan jam 9 malam itu, seramai 16 gelandangan ditahan di Jalan Pudu dan Jalan Chow Kit sebelum diarahkan untuk menjalani ujian saringan air kencing.
Hasil ujian mendapati tujuh daripadanya positif dadah jenis syabu dan mengaku mengambil dadah kerana tertekan dengan desakan hidup.
Salah seorang geladangan berusia 45 tahun yang ditahan mengaku membeli bekalan dadah menggunakan hasil kutipan tin minuman dan besi buruk.
Katanya, dia sedar mengenai keburukan dadah tetapi gagal menahan diri untuk mengambil dadah disebabkan kekecewaan selain dorongan daripada rakan.
Sementara itu, Penolong Pengarah Penguat kuasa dan Keselamatan AADK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zolkifli Mohd Dom berkata, masalah penyalahgunaan dadah tidak mengenal usia dan latar belakang.
Katanya, walaupun umum mengetahui dadah dijual pada harga yang tinggi namun itu tidak menghalang golongan berpendapatan rendah seperti gelandangan bebas daripada masalah dadah.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2016 @ 4:59 AM


https://www.hmetro.com.my/node/167413





Mengatasi Stres Hanya Dalam 5 Menit, Begini Caranya
PORTAL BERITA TERKEMUKA DI SELATAN PAPUA  15 MEI 2017 31 BACA

Foto: Copyright Thinstockphotos.com
Metro Merauke – Pekerjaan yang menumpuk, masalah komunikasi bersama pasangan, keluarga dan sahabat sering kali membuat seseorang sangat rentan terhadap stres dan depresi. Semakin tingginya kebutuhan ekonomi sementara menurunnya pendapatan juga membuat seseorang sangat mudah terserang stres.
Mengenai kondisi stres, semua orang pasti pernah merasakannya. Beberapa orang mengalami stres ringan yang bisa diatasi dengan tidur dan istirahat sejenak. Tapi, berapa orang lain bisa mengalami stres berat hingga depresi yang tak akan bisa diatasi dengan mudah.
Stres Sangat Berbahaya
Stres merupakan kondisi yang sangat berbahaya buat kesehatan psikis maupun fisik. Stres yang terjadi secara terus menerus dan dibiarkan begitu saja, ini bisa meningkatkan berbagai masalah kesehatan mulai dari masalah yang paling ringan hingga masalah kesehatan yang paling mematikan.
Karena stres, seseorang bisa mengalami penurunan sistem kekebalan tubuh. Stres bahkan bisa meningkatkan risiko stroke, serangan tekanan darah tinggi, jantung dan diabetes hingga obesitas. Kondisi ini juga mempengaruhi baik buruknya sistem saraf otak. Agar stres tak berubah jadi penyakit yang berbahaya serta mematikan, penting bagi kita semua untuk mengatasi stres sedini mungkin.
Dikutip dari laman boldsky.com, dalam waktu 5 menit, stres sebenarnya bisa diatasi dengan baik. Cara mengatasinya adalah sebagai berikut.
Ambil nafas dalam-dalam, coba untuk lebih tenang atau rileks.
Rasakan bahwa nafas yang diambil tersebut mengalir ke seluruh tubuh dengan baik. 
Tahan nafas selama beberapa detik lalu hembuskan pelan-pelan. 
Biarkan perasaan dan pikiran kamu tenang dan nyaman. Jangan biarkan kecemasan mengusik hati maupun otak kamu. Konsentrasi pada satu hal yang positif dan percayalah bahwa semua akan baik-baik saja. 
Ambil nafas dalam-dalam lagi lalu hembuskan perlahan kembali bersama semua permasalahan yang kamu alami. 
Agar suasana hati semakin bahagia dan stres benar-benar hilang, lakukan cara ini di tempat yang menyegarkan bisa di taman atau teras rumah, tempat yang memiliki aroma wangi dan di tempat yang tenang. 
Usahakan untuk mengambil nafas dengan menutup mata agar saat merasakan kenyamanan dan ketenangannya lebih maksimal.
Melakukan cara ini sedikitnya selama 5 menit setiap kali stres atau setidaknya setiap bangun tidur dan sebelum tidur, manfaatnya luar biasa mengesankan. Well Ladies, buat kamu yang ingin terbebas dari stres, jangan lupa untuk mencoba cara ini ya. (vem/mim)
https://metromerauke.com/2017/05/15/mengatasi-stres-hanya-dalam-5-menit-begini-caranya/



























Mainan reda stres
IZHAM bersama sebahagian daripada 200 model permainan koleksinya.

“Barang permainan adalah untuk ‘dimain’ dan saya bukan pengumpul yang suka menunjuk-nunjuk,” kata pengumpul tegar, Mohd Izham Mohd Aris.
Izham tidak bersetuju dengan pengumpulan secara ekstrem membazirkan wang.
“Saya hanya membeli model permainan yang wataknya saya minati,” kata pensyarah berusia 30-an itu.
Izham mempunyai kolek­si lebih 200 model permainan dan ia disimpan dalam sebuah bilik yang diubahsuai menjadi mini studio di rumahnya di Puncak Alam, Selangor.
“Selepas penat bekerja, meluangkan masa berkreatif dengan permainan-permainan ini boleh meredakan stres,” kata bapa kepada anak perempuan berusia setahun itu.
Aktiviti yang sering ­dilakukan ialah mengambil gambar model permainan dalam pelbagai situasi untuk dimuat turun di laman sosial, khususnya
di blog peribadinya, rkdesigns.blogspot.com, selain Facebook dan Instagram.
Antara model kegemaran Izham adalah watak daripada siri Transformers, Gundam, Master Chief daripada permainan video HALO, Ironman, Starcom dan Figma.
Pada pandangannya, setiap model permainan itu mempunyai ciri-ciri perwira dan kisah tersendiri yang boleh dijadikan teladan untuk diamalkan dalam kehidupan sebenar.
“Ketika kecil dulu watak kartun yang saya tonton mempunyai ciri-ciri dan personaliti yang kuat. Sebagai kanak-kanak kita mudah tertarik,” katanya yang mula mengumpul permainan sejak zaman kanak-kanak.
Izham yang kini bekerja di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Unisel, turut mengagumi nilai kesenian yang halus serta aspek kejuruteraan dalam pembuatan model permainan itu.
Minat itu tidak pernah
dihalang ibu bapa, namun beliau digalakkan mengumpul wang sendiri untuk membeli sesuatu permainan.
“Bapa memperkenalkan saya kepada dunia Transformers dan ibu membelikan set Gundam pertama saya. Pada mereka lebih baik saya menghabiskan masa bermain permainan ini di rumah daripada keluar dan terbabit dengan gejala tidak sihat,” katanya.
ADIWIRA DAN ANIMASI
Hobi mengumpul model permainan berkembang seiring dengan penerbitan komik adiwira, animasi atau kartun serta penghasilan filem adaptasi seperti Star Wars dan Lord of The Rings.
Pengumpul model ­permainan bermula sebagai peminat kepada siri-siri ini.
Selain itu, terdapat ­ribuan model permainan lain yang popular dalam kalangan pengumpul, antaranya ­model kartun G.I Joe, anak patung Barbie serta jenama patung lain, model kereta
api dan keluaran khas daripada Lego.
Pengumpul mempunyai komuniti tersendiri dan sering berjumpa untuk bertukar pandangan atau mempamerkan koleksi masing-masing.
Selain hobi, mengumpul model permainan boleh menjadi pelaburan.
Koleksi yang dikategorikan sebagai edisi terhad, yang jarang ada atau ‘vintaj’, sentiasa mempunyai permintaan. Harga sesuatu model boleh melonjak secara tiba-tiba apabila ada tayangan filem atau siaran semula animasi itu di televisyen.
JANA PENDAPATAN
Pembabitan Izham dalam bidang ini tidak terhenti setakat mengumpul kerana turut menjana pendapatan tambahan menerusi kemahiran meng­ubahsuai sesuatu model mengikut kehendak pelanggan, selain membina model daripada set kit, mereka cipta ‘diorama’ serta me­ngecat figura aksi dan robot.
Diorama adalah latar ­belakang/backdrop yang timbul untuk pameran sesuatu model, biasanya digunakan untuk promosi filem
“Sebenarnya hobi ini kalau dibuat secara positif, ia akan jadi positif.
“Daripada permainan ini, orang ramai boleh meningkatkan kemahiran imaginasi dan kreativiti di samping kemahiran bercerita. Kemahiran ini boleh membimbing dalam kehidupan seseorang,” kata­nya. - BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2015 @ 12:37 PM

https://www.hmetro.com.my/node/39667







'Berbasikal cara kami hilang stres'
DARI kiri, Amneh, Sara, Noor dan Assalah memecah tradisi wanita Palestin dengan memulakan aktiviti berbasikal.
BERBASIKAL sebagai senaman dan cara melupakan tekanan hidup dalam pelbagai sekatan.
KUMPULAN berbasikal kecil yang menarik perhatian masyarakat Palestin.
p
Susunan Norlaila Hamima Jamaluddin
laila@hmetro.com.my

Kehadiran empat wanita ini memang menarik perhatian dan menjadi buah mulut penduduk Palestin apabila mereka melakukan satu aktiviti yang mungkin tidak diendahkan pun di negara lain iaitu berbasikal.
Mereka berani menongkah arus budaya masyarakat selepas negara itu diuji dengan tiga peperangan sejak 2008 dan kini berada dalam pelbagai bentuk sekatan oleh Israel.
Wanita dalam lingkungan 20-an dan 30-an itu bagaimanapun mengakui berdepan dengan pelbagai halangan dan pandangan sinis masyarakat yang menganggap mereka mencemarkan kemuliaan Islam.
Bukan itu niat mereka. Mereka hanya mahu mencari keseronokan tersendiri yang tidak melampaui batas untuk menceriakan hidup dalam negara yang sentiasa ditekan itu.
Walaupun dipandang sinis, tetapi ramai juga yang memberi galakan kepada empat wanita itu.
“Apabila wanita melakukan sesuatu di luar kebiasaan, ramai yang terkejut dan tergamam,” kata Amneh Suleiman, 33, yang bekerja sebagai guru bahasa Inggeris.
“Bagi mereka, wanita seperti kami ini melanggar budaya. Tetapi bagi kami, apa yang penting adalah agama tidak melarang kami daripada bergiat dalam aktiviti cergas seperti ini,” sambungnya.
“Saya berharap sangat sekatan ke atas wanita seperti ini akan berakhir. Inilah mesej yang cuba kami sampaikan melalui aktiviti ini. Kami mahu nyatakan bahawa wanita memainkan peranan aktif dalam masyarakat dan mempunyai hak kebebasan,” katanya lagi.
Bersama tiga rakannya Sara Sleibi, Noor Sleibi dan Assalah Abu Sharkh, Amneh kerap berbasikal keluar dari kawasan rumahnya di kem pelarian Jabalia.
Walaupun Semenanjung Gaza diperintah Hamas sejak 2007, tetapi penolakan masyarakat terhadap aktiviti berbasikal empat wanita berani itu dilihat lebih berkait dengan pandangan masyarakat, bukannya peraturan kerajaan.
Ketika Amneh dan rakannya secara sukarela melakukan aktiviti melawan arus kebiasaan, ramai wanita yang terpaksa melanggar ‘peraturan budaya’ atas pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan.
Kesempitan hidup akibat peperangan dan sekatan yang dikenakan Israel selama hampir 10 tahun contohnya menyebabkan peningkatan jumlah wanita yang keluar bekerja untuk membantu menyara keluarga.
Sumbangan wanita Palestin memang tidak dapat disangkal lagi. Sejak dulu mereka sudah memainkan peranan dalam perjuangan mempertahankan negara, malah ada yang memegang jawatan tinggi dalam dunia politik dan perkhidmatan diplomatik. Bahkan ada wanita yang turut menjulang senjata bagi mempertahankan kedaulatan negara.
Namun apa yang menyedihkan, walaupun hampir 60 peratus graduan di Palestin terdiri daripada wanita (di Gaza dan Tebing Barat), mereka hanya mewakili 21 peratus daripada tenaga kerja aktif di negara itu. Ini adalah antara angka paling rendah di dunia.
Data statistik menunjukkan lebih dua pertiga wanita Palestin yang tidak bekerja berkata, mereka perlu mengabdikan diri sebagai suri rumah.
Aktiviti masa lapang lambang kebebasan
Bagi Amneh, yang berpindah ke Gaza bersama keluarganya pada 1994 selepas tinggal lama di Syria, mempunyai peluang melakukan aktiviti masa lapang melambangkan kebebasan. Inilah sebabnya dia memulakan aktiviti berbasikal pada Disember tahun lalu yang kemudian menarik minat tiga rakannya itu untuk turut serta.
Sara Slebi, 24, juga menentang cadangan untuk mengadakan beberapa sekatan ke atas wanita di Gaza.
Pergerakan mereka, walaupun kecil tetap signifikan dan ia juga secara tidak langsung mengisi keperluan generasi muda yang hidup terkurung dalam negara itu.
Apabila keluar untuk berbasikal sejauh lima kilometer bersama rakan-rakannya, mereka akan mengenakan seluar panjang, jaket dan baju sukan. Malah dia juga tidak keberatan untuk berhenti membeli air minuman di pusat pemeriksaan di sempadan yang dikawal anggota keselamatan Hamas.
Menurutnya, mereka akan menyambutnya dengan senyuman seperti pemandu yang berselisih dengan mereka. Bahkan ada yang berhenti untuk melihat mereka berbasikal.
Bagaimanapun, bukan semua orang menyambut baik tindakan empat rakan itu.
“Jika semua perempuan di Gaza mula berbasikal, siapa yang akan menggunakan perkhidmatan teksi,” soal Ayman, pemandu teksi berusia 25 tahun.
Sara sedar wujudnya penentangan itu, tetapi dia tidak mahu membiarkan perkara itu menyekat aktivitinya. Malah dia mengajak adiknya, Noor, 20, untuk menyertainya.
Amneh juga sependapat dengan Sara. Malah dia tidak menganggap ejekan atau cemuhan sebagai satu masalah, sebaliknya berasa kasihan dengan orang yang masih berfikiran tertutup.
“Apabila kami memuat naik dua gambar berbasikal di Facebook, kami terima 40 komen - 36 memuji dan empat mengeji,” katanya.
Antara komen memberi perangsang yang mereka terima ialah ‘Idea yang bagus untuk menunjukkan kehebatan wanita Gaza’. Salah satu daripada empat komen negatif itu pula berbunyi ‘Baliklah, duduk diam-diam di rumah. Itu lebih baik dan tidak memalukan!’
Biar apapun kutukan yang diterima, ia tidak melemahkan semangat empat rakan itu. Kata Sara, berbasikal adalah satu bentuk senaman dan cara mereka melepaskan tekanan kerja serta kehidupan.
Selepas beberapa kali mengadakan sesi kayuhan, mereka dapati pandangan masyarakat mula berubah ke arah positif dan mengalu-alukan jika ada orang yang mahu menjadi ahli baru sekali gus akan mengembangkan kumpulan itu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2016 @ 11:40 AM

https://www.hmetro.com.my/node/123397





























Stres kalangan siswa
ROSHLAWATY RAIEH
13 APRIL 2016

GOLONGAN mahasiswa tidak dapat dielakkan daripada isu stres kerana mereka sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran di alam kampus.
Saya sendiri baru sahaja selesai memberi perkongsian dan ceramah kepada ratusan mahasiswa di salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Pantai Timur dengan berfokuskan isu Kesihatan Mental serta Pengurusan Stres.
Stres atau tekanan mahasiswa adalah tindak balas mental, emosi dan fizikal seseorang penuntut terhadap sesuatu keadaan yang terjadi dalam kehidupan di kampus. Stres bukanlah penyakit mental namun ia adalah penyebab kepada penyakit mental. Pertubuhan Kesihatan Dunia menjangkakan pada tahun 2020 penyakit mental adalah penyakit kedua tertinggi di dunia, justeru ia bukan perkara yang boleh dipandang ringan.
Stres atau tekanan ini bukanlah perkara yang tidak bagus, ini kerana stres itu sendiri mempunyai dua jenis. Stres yang membina dan mampu menyesuaikan diri dipanggil Eustress (positif) dan stres yang tidak dapat menyesuaikan diri dipanggil Distress (negatif). 
Mahasiswa yang banyak dibebani tugasan dari pensyarah sebagai contoh adalah stres yang baik. Ini kerana siswa tersebut akan fokus dan belajar untuk menyiapkan tugasan tersebut tanpa mengganggu kehidupan sehariannya. Bahkan hasil kerja yang baik akan memberikan kelebihan berganda kepada mereka. Tanpa tekanan yang positif, kebarangkalian siswa tidak akan mampu menyiapkan tugasan yang diberikan pada masa yang telah ditetapkan.  
Namun ia berbeza apabila penuntut yang banyak dibebani tugasan, dan kehidupan menjadi lebih teruk serta mengganggu kehidupan lebih tidak teratur, ini dipanggil stres yang negatif. Maka seperti biasa, setiap perkara yang berlalu ada baik buruknya, sama seperti stres ia boleh membina dan boleh menjatuhkan seseorang mahasiswa di kampus.
Bagaimanapun, kebiasaannya siswa di kampus bukan hanya mengalami stres kerana terlalu banyak tugasan dari pensyarah tapi ada pelbagai faktor lain. Contohnya faktor kewangan iaitu wang tajaan lambat masuk atau cepat habis; isu keluarga sakit atau berjauhan; bermain cinta dan dikecewakan; konflik bersama rakan serumah atau rakan sekuliah; terlalu sibuk dengan aktiviti tertentu bersama kawan atau sendirian; suka membanding-bandingkan, serta pemilihan rakan yang salah. 
Pengalaman saya sendiri pernah mengendalikan kes penuntut perubatan di sebuah IPT, ia cukup terkesan daripada stres yang tidak terkawal. Beliau seorang yang pintar, keputusan setiap kali peperiksaan hampir mendapat markah penuh, sehinggalah akhirnya siswa berkenaan dihantar kepada saya untuk melihat isu yang terjadi kepadanya.
Namun, kes yang saya terima ini sudah terlambat kerana siswa ini sudah di kesan mengalami penyakit mental yang agak tinggi. Stres yang dihadapi berpunca daripada desakan keluarga yang ingin melihat dia menjadi seorang Doktor Perubatan, namun minat dan personaliti pelajar ini amat bertentangan sekali dalam dirinya.
Oleh kerana tidak mahu menghampakan keluarga, siswa ini belajar di kampus dalam keadaan yang amat tertekan dan tidak membenarkan orang lain membantu dirinya. Akibat daripada tidak mendapat bantuan awal dan terlalu lama pelajar ini hanyut dalam masalahnya sendiri dan mengakibatkan dirinya bergelar pesakit mental (Kecelaruan Skirofrenia).
Penuntut yang mengalami isu tersebut atau apa jua masalah yang memberikan tekanan di kampus sebenarnya harus lebih proaktif mengurus stres dengan mengurus diri menjadi lebih baik. Pengurusan diri yang terancang dan teratur mampu menjadikan stres kepada faktor lonjakan motivasi yang lebih membina (Eustress).
Tidak perlu malu untuk meluahkan yang kita sedang stres, bahkan ia mampu memberi semangat yang baik melalui kawan-kawan kita yang bergelar siswa juga.
Seandainya keadaan bertambah buruk, senario yang berlaku ini boleh diatasi dengan bantuan pakar profesional. Mahasiswa amat digalakkan berjumpa Kaunselor Berdaftar di IPT masing-masing dan membuat sesi bimbingan dan runding cara profesional untuk mengatasi dan mengurus stres yang berlaku. 
Pada masa sama, kekuatan kerohanian dan spiritual patut dipertingkatkan dari masa ke semasa agar kita sentiasa di haluan yang jelas dan hidup yang penuh sangka baik serta lebih baik. Sentiasalah mendapatkan sokongan daripada rakan sebaya di kampus kerana setiap isu mungkin hampir sama. 

Sebaiknya buanglah rasa takut dan malu untuk mendapatkan perkhidmatan profesional bersama Kaunselor Berdaftar. Jadikanlah mereka sebagai tempat untuk meluahkan sebarang cerita baik dan sebarang permasalahan sekalipun. Ketahuilah stres umpama pisau, ia boleh berguna dengan baik dalam kehidupan serta mampu menambah kesengsaraan andai tersilap, kita yang menentukannya.
Harapan saya agar mahasiswa sentiasa lebih peka kepada isu Kesihatan mental dan Pengurusan Stres untuk menjadi perintis negara yang lebih sihat secara menyeluruh (holistik). Bijak urus stres pasti kita akan lebih berjaya dan bahagia. Mahasiswa yang bijak sentiasa peka dan fokus kepada pengurusan diri yang lebih baik, dan sentiasa menjadikan stres sebagai alat untuk menjadi lebih sukses.

 

Kaunselor Berdaftar,

CR Afizul Mohammad,
Pengarah Urusan Highest Point Consultant



http://www.sinarharian.com.my/kampus/stres-kalangan-siswa-1.509086

No comments:

Post a Comment