Agensi
Jakarta:
Indonesia berdepan risiko krisis makanan selepas musim kemarau berpanjangan
menyebabkan industri pertanian termasuk tanaman padi terjejas teruk.
Pegawai
Badan Nasional Menangani Bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, fenomena El
Nino pada tahun ini menyebabkan musim kemarau semakin panjang.
“Kebiasaannya
musim tengkujuh bermula pada Oktober, tetapi akibat El Nino ia mungkin bermula
lewat satu bulan.
“Musim
kemarau tahun ini dijangka berlarutan sehingga November dan kemuncaknya antara
Oktober dan November,” katanya.
Menurutnya,
musim kemarau tahun ini menyebabkan beberapa daerah di Pulau Jawa, Bali, dan
Nusa Tenggara mengalami masalah kekurangan air bersih.
“Lebih
buruk lagi, jika hujan tidak turun banyak kawasan tanaman padi bakal terjejas,
sekali gus boleh mencetuskan krisis makanan,” jelasnya.
Tambahnya,
musim kemarau tahun ini lebih buruk berbanding tahun lalu dan banyak daerah
tidak menerima hujan lebih dua bulan.
“Lebih
25,000 hektar sawah tidak dapat diusahakan kerana tiada bekalan air dan lebih
200,000 hektar lagi berdepan risiko kekurangan air,” katanya.
Menurutnya,
kerajaan mengambil beberapa langkah termasuk mengagihkan bekalan air bersih kepada
penduduk terjejas.
Sementara
itu, Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata, kerajaan memantau situasi
berkenaan dan menyimpan bekalan beras sebagai persediaan sekiranya krisis
makanan tercetus.
“Bukan
sahaja kerajaan pusat, tetapi pemerintah wilayah, daerah dan kota harus
memantau keadaan ini.
“Mulai sekarang usaha menyimpan stok beras
dilakukan bagi mengatasi kekurangan bahan makanan itu di pasaran,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 10:16 AM
https://www.hmetro.com.my/node/66990
Bersedia
tangani krisis makanan
Rajmah Hasan
14 Mac 2015 1:05 AM
SEDAR atau tidak, turun naik harga makanan seiring perubahan iklim
global. Jika kita masih ingat, Malaysia pernah berdepan beberapa krisis
bekalan beras sebelum ini.
Sebagai nett importer atau pengimport bersih makanan, Malaysia,
secara tidak langsung terkesan dengan perubahan cuaca dan bencana alam yang
berlaku di beberapa buah negara pengeluar beras utama dunia.
Vietnam umpamanya, mengalami masalah serangan parasit sehingga
menjejaskan pengeluaran beras dunia, begitu juga Bangladesh telah dilanda
banjir teruk manakala China menghadapi masalah cuaca.
Pada masa itu, harga beras dunia mencapai paras tertinggi pernah
direkodkan iaitu RM3,430 setan pada Mei 2008. Walaupun Malaysia melindungi
harga padi dan beras kepada pengeluar dan pengguna, namun krisis itu
meningkatkan harga beras tempatan terutama beras berkualiti tinggi.
Disebabkan berdepan masalah mendapatkan bekalan beras dalam jangka
pendek, maka negara tidak terkecuali mengalami kenaikan purata harga beras
tempatan sehingga 21 peratus (%) dan beras import 52%. Itu baharu beras,
bagaimana pula dengan makanan lain?
Perubahan cuaca sekitar awal 1970-an dan 2008 juga menyaksikan
pengeluaran bijirin terutama gandum terjejas di beberapa negara pengeluar
seperti Amerika Syarikat, Rusia, Eropah Utara, Australia dan Afrika Barat.
Implikasi daripada penawaran bekalan makanan dunia yang terganggu
itu menyebabkan harga makanan global meningkat secara mendadak dan rentetan
krisis makanan dunia pada 2009 juga menyaksikan lebih sejuta manusia pernah
berada dalam keadaan kelaparan di seluruh dunia.
Hakikatnya, krisis berkenaan telah menyedarkan Malaysia tentang
kepentingan untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara sendiri dan tidak
terlalu bergantung kepada import makanan dari luar negara yang terdedah dengan
bencana alam dan perubahan cuaca tidak menentu pada masa depan.
Pakar bidang ekonomi pertanian dan sumber, Prof. Datuk Dr. Mad
Nasir Shamsudin (gambar) membayangkan harga makanan dunia dijangka terus
meningkat kerana penawaran akan terencat oleh kekangan input, iklim dan
teknologi, kecuali jika negara mengambil langkah pembaharuan untuk meningkatkan
produktiviti.
Begitupun, beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik &
Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, hakikat yang berlaku
sekarang ialah sektor makanan Malaysia berdepan dengan persaingan sektor
perladangan khususnya kelapa sawit yang lebih lumayan dan bukan pertanian yang
lain.
“Sebahagian hakikat Malaysia terpaksa menjadi pengimport bersih
makanan ialah kerana sektor makanan tidak dimajukan sebagaimana sektor kelapa
sawit. Dari segi pembangunan dan penyelidikan (R&D), pelaburan dan
insentif, sektor makanan masih dipinggirkan.
“Berbanding Malaysia, negara Thailand mampu menjadi antara
pengeluar beras utama kerana sektor makanan mereka maju selain mendapat
sokongan syarikat-syarikat besar sebagai pelabur utama,” katanya ketika ditemui
baru-baru ini.
Untuk rekod, tahap sara diri beras negara pada 2009 adalah sebanyak
72%, bermaksud Malaysia masih perlu mengimport hampir 30% daripada keperluan
dalam negeri. Tahap sara diri tertinggi pernah dicapai adalah 92% iaitu sekitar
lewat 1970-an.
Berdasarkan Sumber Malaysia (pelbagai tahun), tahap sara diri
produk perikanan bagi tahun 2000 adalah 89% manakala pada tahun 2007 (97%);
telur (139% / 114%); daging ayam (127.8% / 121%); sayur-sayuran (88.5% / 89%);
buah-buahan (91.3% / 105%); daging lembu (22.7% / 25%); daging kambing (6.4% /
9%) dan tenusu (4% / 5%).
Mad Nasir berkata, trend menunjukkan peningkatan tahap sara diri
komoditi makanan seiring peningkatan populasi, justeru fokus perlu diberikan untuk
membangunkan sektor makanan agar keperluan bekalan makanan negara tidak
terjejas disebabkan faktor alam.
“Kita boleh nampak tahap sara diri sesetengah komoditi makanan
sangat kurang dan ini boleh merisikokan sekuriti makanan (simpanan makanan)
pada masa depan lebih-lebih lagi menyaksikan Malaysia tidak terkecuali
mengalami kesan-kesan perubahan iklim akibat pemanasan global.
“Antara simptom dikesan akibat perubahan iklim menerusi kesan suhu
semakin panas di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands serta cuaca
luar biasa menyebabkan kemarau dan jerebu yang menjejaskan penghasilan
pertanian,” katanya.
Menurut Mad Nasir, jaminan sekuriti makanan yang merujuk kepada
kewujudan bekalan makanan dan kemampuan untuk memperolehnya antara syarat
penting untuk melayakkan Malaysia mencapai negara maju menjelang 2020.
Kelayakan itu merangkumi kesediaan kuantiti makanan mencukupi dan
berkualiti dibekalkan melalui pengeluaran domestik atau import; aksesibiliti
kepada sumber makanan mencukupi oleh individu; dan kestabilan mendapat makanan
walaupun berlaku kejutan pasaran seperti krisis ekonomi dan lain-lain.
“Di tahap kebangsaan atau sesuatu negara, sekuriti makanan
diterjemahkan sebagai keupayaan untuk memastikan penawaran makanan yang stabil
dalam pasaran domestik.
“Di tahap perseorangan atau individu pula, hal itu bermakna bahawa
setiap individu memiliki bekalan makanan yang bukan sahaja mencukupi tetapi
juga memenuhi keperluan pemakanan sihat yang dianggap standard,” jelasnya.
Malaysia katanya, tidak boleh lagi berpuas hati dengan tahap sara
diri sedia ada, sebaliknya perlu memberi fokus untuk merangka pelan
transformasi R&D ke arah pencetusan inovasi hijau dalam sektor makanan
khususnya industri padi dan beras.
Menurutnya, pada peringkat ini, dasar-dasar yang sedia ada harus
dilaksanakan dengan lebih efektif di semua peringkat - bermula dengan agensi
kerajaan, perniagaan swasta sehinggalah kepada isi rumah individu.
“Perkara utama untuk mengatasi kesan jangka panjang dalam perubahan
iklim serta iklim masa depan yang tidak menentu adalah melalui pembangunan
lestari yang menekankan aspek pemuliharaan dan penyelesaian yang berguna.
“Justeru, setiap daripada kita wajib menjalankan peranan
masing-masing agar langkah-langkah proaktif boleh diambil untuk mengurangkan
fenomena pemanasan global,” katanya.
Paling penting katanya, agenda tersebut perlu disokong dengan pakej
pengembangan yang ekstensif dan intensif, pembangunan kemahiran dalam kalangan
petani dan penyediaan infrastruktur yang lengkap selain kerjasama melibatkan
pelbagai pihak khususnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Selain itu, saranan yang boleh dipertimbangkan ialah melaksanakan
agenda pembangunan makanan strategik, mewujudkan jaringan keselamatan yang
komprehensif serta penggalakan agenda penggunaan lestari bahan makanan,”
katanya.
Mad Nasir berkata, isu perubahan iklim tidak boleh lagi dilihat
sebagai penemuan sains semata-mata kerana hal itu secara tidak langsung
mempengaruhi kehidupan manusia dalam jangka masa panjang.
“Justeru, perkara ini perlu ditangani secara menyeluruh melibatkan
masyarakat, sistem politik dan ekonomi sedia ada,” katanya sambil menekankan
beberapa kajian telah membuktikan pelaburan dalam infrastruktur dan R&D
mampu memberi pulangan tertinggi kepada pengeluaran makanan dan penurunan
kemiskinan.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/bersedia-tangani-krisis-makanan-1.69135#ixzz4qaWkgZnR
© Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.utusan.com.my/rencana/bersedia-tangani-krisis-makanan-1.69135
Langkah
UPM tangani krisis makanan dipuji
2
NOVEMBER 2014
SERDANG –
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah memuji langkah yang
diambil Universiti Putra Malaysia (UPM) memanfaatkan bakat untuk jaminan
makanan bagi menangani krisis itu.
Baginda yang
juga Canselor UPM bertitah usaha terpuji itu jelas menunjukkan kredibiliti
universiti dalam mendepani apa sahaja krisis yang melanda dunia ketika ini.
Titah
baginda dalam era yang serba mencabar ketika ini, masyarakat dunia sentiasa
bimbang dengan krisis makanan di mana Malaysia juga tidak terlepas daripada
menghadapi kesan daripada krisis itu.
“Beta
menyokong penuh usaha yang membentuk rekayasa UPM untuk menjadi Pusat
Kecemerlangan Pendidikan Pertanian Kebangsaan dan Antarabangsa (Pusat Sekuriti
Makanan).
“Rekayasa
ini menjamin pemerolehan modal insan pertanian yang berketerampilan dan
mempunyai atribut pertanian serta mempertingkat penghasilan penyelidikan dan
inovasi berimpak tinggi dalam sekuriti makanan berasaskan pertanian,” titah
baginda pada majlis Konvokesyen UPM ke-38 di sini hari ini.
Titah
baginda, pemanfaatan bakat untuk jaminan makanan dengan objektif meningkatkan
kualiti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang pertanian akan
memberi impak besar kepada negara dalam menangani krisis itu.
Selain
membantu meningkatkan jaminan dan stok makanan negara, perkara paling penting,
ia dapat meredakan kegusaran masyarakat dalam menghadapi krisis makanan global,
titah baginda.
Sultan
Sharafuddin turut berkongsi kegembiraan atas kejayaan UPM melalui Taman
Pertanian Universiti dengan kerjasama Fakulti Perubatan Veterinar memperoleh
status Amalan Baik Pertanian Malaysia (MyGAP) untuk sektor ternakan bagi lembu
tenusu, lembu pedaging dan kambing pedaging.
Titah
baginda kejayaan yang pertama kali dicapai oleh institusi pengajian tinggi awam
itu membolehkan UPM menghasilkan produk ternakan yang berkualiti dan selamat
dimakan, selari dengan peningkatan kesedaran dan permintaan pengguna terhadap
produk berkenaan.
Baginda
turut memuji langkah Fakulti Pertanian UPM menjalankan Program Inkubasi
Usahawan Tani sejak dua tahun lepas, melibatkan kerjasama agensi kerajaan dan
swasta itu yang disifatkan sebagai amat tepat pada masanya dalam usaha kerajaan
membuka peluang kerjaya dalam bidang pertanian.
“Beta
difahamkan usaha ini telah melahirkan 59 usahawan berasaskan pertanian. Inilah
manifestasi universiti yang menepati kehendak semasa masyarakat dan memberi
sumbangan kepada keluasan pasaran kerjaya terutamanya dalam bidang pertanian,”
titah baginda.
Sehubungan
itu, Sultan Sharafuddin mahu program sebegitu terus diperkasakan dengan usaha
penambahbaikan agar ia terus meledakkan inovasi dan membuka kecenderungan
masyarakat terutamanya golongan muda untuk menceburi bidang keusahawanan tani.
Sebanyak
6,116 graduan terdiri daripada ijazah doktor falsafah (391), ijazah sarjana
(2,123) dan ijazah sarjana muda (3,380) yang menamatkan pengajian menerima
ijazah masing-masing dalam upacara selama empat hari itu. – Bernama
-Sinar
Harian
http://peraktoday.com.my/2014/11/langkah-upm-tangani-krisis-makanan-dipuji/
SHAH ALAM - Malaysia dijangka
menghadapi krisis makanan dalam tempoh 15 tahun akan datang jika pengambilan
tanah pertanian yang digunakan untuk penanaman bahan makanan asasi tidak
dikawal.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, statistik menunjukkan negara kehilangan kira-kira 106,000 hektar tanah pertanian.
Menurutnya, terlalu banyak tanah selama ini untuk penanaman padi diambil bagi tujuan pembangunan industri dan perumahan.
"Jumlah kehilangan tanah pertanian ini terlalu besar jika dibandingkan dengan apa yang dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2013 berkaitan jelapang padi baharu melibatkan Kota Belud, Batang Lupar di Sarawak serta Rompin dan Pekan di Pahang," katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.
Mohd Azmi berkata, antara perkara perlu dipandang serius untuk meningkatkan produktiviti padi beras negara bagi menjamin kecukupan makanan adalah dengan pemindahan teknologi, pengurusan tanah, pengurusan air serta sistem penyampaian yang berkesan sehingga ke peringkat petani.
"Kami juga akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menentang monopoli hasil padi serta mendesak kerajaan mengembalikan peranan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) yang telah tersasar sejak penswastaannya kepada Bernas (Syarikat Padi Beras Nasional) dibuat," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Bela Tani, Mohd Subri Said berkata, pengorbanan petani bekerja bukan untuk sara hidup diri sendiri tetapi mereka memberi khidmat kepada rakyat dan negara.
“Dalam keadaan kos pengeluaran semakin meningkat, petani dihimpit dengan kos sara hidup yang begitu membebankan.
"Sekiranya petani mengerjakan sawah sekitar 5 relung, purata pendapatan mereka sebulan hanyalah sekitar RM700, iaitu masih di bawah paras kemiskinan," katanya.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, statistik menunjukkan negara kehilangan kira-kira 106,000 hektar tanah pertanian.
Menurutnya, terlalu banyak tanah selama ini untuk penanaman padi diambil bagi tujuan pembangunan industri dan perumahan.
"Jumlah kehilangan tanah pertanian ini terlalu besar jika dibandingkan dengan apa yang dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2013 berkaitan jelapang padi baharu melibatkan Kota Belud, Batang Lupar di Sarawak serta Rompin dan Pekan di Pahang," katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.
Mohd Azmi berkata, antara perkara perlu dipandang serius untuk meningkatkan produktiviti padi beras negara bagi menjamin kecukupan makanan adalah dengan pemindahan teknologi, pengurusan tanah, pengurusan air serta sistem penyampaian yang berkesan sehingga ke peringkat petani.
"Kami juga akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menentang monopoli hasil padi serta mendesak kerajaan mengembalikan peranan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) yang telah tersasar sejak penswastaannya kepada Bernas (Syarikat Padi Beras Nasional) dibuat," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Bela Tani, Mohd Subri Said berkata, pengorbanan petani bekerja bukan untuk sara hidup diri sendiri tetapi mereka memberi khidmat kepada rakyat dan negara.
“Dalam keadaan kos pengeluaran semakin meningkat, petani dihimpit dengan kos sara hidup yang begitu membebankan.
"Sekiranya petani mengerjakan sawah sekitar 5 relung, purata pendapatan mereka sebulan hanyalah sekitar RM700, iaitu masih di bawah paras kemiskinan," katanya.
Wartawan Sinar Harian
25 Februari 2014
http://www.sinarharian.com.my/nasional/krisis-makanan-15-tahun-lagi-1.254286
HUKUM PEMBAZIR MAKANAN – SINAR
HARIAN – 30/5/2017
Shah Alam – Kerajaan
perlu mengambil langkah proaktif dengan segera bagi membendung isu pembaziran
makanan daripada berterusan berlaku.
Pensyarah Kanan,
Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Muzaffar
Syah Mallow berkata, saranan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dua tahun
lalu yang menggesa kerajaan supaya mewujudkan Akta Pembaziran Makanan khusus
bagi mengekang budaya pembaziran terutamanya yang banyak berlaku di bulan
Ramadan perlu diberi perhatian.
“Melalui pengenalan
undang-undang terbabit, pelbagai jenis tindakan undang-undang berbentuk penalti
boleh dipertimbangkan terhadap mana diri individu atau organisasi yang melakukan
atau terlibat dalam aktiviti pembaziran makanan,” katanya.
Kelmarin, Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan
50 peratus hidangan bufet di hotel terbuang walaupun pelanggan bayar dengan
harga tinggi.
Malah, Wan Junaidi
turut menyarankan supaya satu pendekatan baharu segera diwujudkan bagi
menggelakkan pembaziran khususnya pada bulan Ramadan ini.
Menurutnya, pada masa
sama, kerajaan juga boleh mempertimbangkan langkah Perancis yang memperkenalkan
peruntukan khas melarang kedai dan pasar raya membuang lebihan makanan yang
tidak berjaya dijual.
“Lebihan makanan itu
diberikan kepada persatuan pengguna untuk disalurkan pada mereka yang
memerlukan,” katanya.
Beliau berkata, semua
pihak harus memandang berat atas isu pembaziran makanan ini serta mengambil
segala langkah yang perlu bagi membendung ia daripada berterusan berlaku.
“Sudah tiba masanya
semua pihak termasuk kerajaan memberi perhatian terhadap isu pembaziran makanan
yang semakin meningkat,” katanya.
Dr Muzaffar berkata,
isu pembaziran makanan tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan
pembaziran bahan utama yang menyumbang tenaga kepada manusia.
“Pada
masa sama, pembaziran yang berlaku turut memberi impak negatif terhadap tamadun
dan peradaban manusia,” katanya.
http://www.ppim.org.my/hukum-pembazir-makanan-sinar-harian-3052017/
No comments:
Post a Comment