Kita kurang peka masalah
sendiri jika tidak ada diingatkan. SHUHADA MANSOR senaraikan beberapa statistik
dan kajian membabitkan remaja negara ini untuk beri kesedaran bersama.
MEROKOK
Mengikut statistik di Malaysia, seramai 40 hingga 50 perokok
baru dicatatkan setiap hari. Dianggarkan, terdapat 4.7 juta orang merokok pada
2011 dan jumlah itu meningkat daripada 3.1 juta orang pada 2007.
Sementara itu, kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2010
turut merekodkan tabiat merokok menyebabkan kematian kira-kira 18,000 orang
setahun. Lebih 23.7 bilion rokok dihisap dalam tempoh setahun dan jumlah ini
meningkat dalam kadar tinggi daripada 18 bilion batang pada 1998.
Bukan itu saja, sebilangan besar perokok juga dikesan mula
berjinak dengan tabiat ini sejak remaja. Purata umur mula merokok ialah 19
tahun. Pada 1985, 9.8 peratus remaja didapati merokok dan kadar itu meningkat
kepada 18 peratus pada 2000.
Hasil kajian mendapati matlamat iklan rokok hampir semuanya
ditujukan kepada remaja untuk dapatkan pelapis perokok baru. Setiap remaja yang
mula merokok berkemungkinan akan merokok purata selama 30 tahun akan datang.
Mengikut statistik yang diperoleh di The Tobacco Atlas, 36.3
peratus remaja lelaki dan 4.2 peratus remaja perempuan Malaysia yang berusia
antara 13 hingga 15 tahun merokok.
MASALAH MORAL
Kadar peningkatan krisis akhlak dan moral golongan remaja di
negara ini semakin menggerunkan apabila statistik menunjukkan jumlah kes
jenayah membabitkan pesalah juvana meningkat sebanyak 111 peratus dalam tempoh
setahun.
Berdasarkan statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM),
sebanyak 7,816 kes dicatatkan pada 2013 berbanding hanya 3,700 kes pada 2012
iaitu membabitkan peningkatan sebanyak 4,116 kes.
Malah, angka kegiatan jenayah berat golongan remaja yang tamat
persekolahan pula mencatatkan peningkatan ketara sehingga 137 peratus kepada
2,011 kes berbanding hanya 849 kes dicatatkan pada 2012.
Kategori jenayah berat ini turut dikaitkan dengan remaja bawah
umur berusia antara 12 hingga 17 tahun. Angka direkodkan turut meningkat
kira-kira 47 peratus di seluruh negara dan ada daripada mereka terlibat dengan
kes bunuh dan juga rogol.
AKTIVITI SEKSUAL
Kadar aktiviti seksual dalam kalangan remaja berusia 13 hingga
17 tahun di negara ini sepanjang dua dekad lalu meningkat daripada 0.9 pada
1994 kepada 8.3 peratus pada 2012. Statistik itu diperoleh daripada kaji
selidik Global Kesihatan Pelajar Sekolah (GSHS) serta Lembaga Penduduk Dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkaitan kelakuan sumbang dilakukan remaja
sebelum nikah bermula 1994 hingga 2012.
Sementara itu, data direkod daripada Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) bermula 2005 hingga 2011 juga menunjukkan Malaysia menduduki
tempat keempat daripada 10 negara berkaitan kehamilan remaja berusia antara 15
hingga 19 tahun.
LARI RUMAH
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan statistik pada 2010
yang menunjukkan kes remaja lari dari rumah meningkat sebanyak 4,097 remaja
terbabit dengan kegiatan ini seawal usia 13 hingga 17 tahun. Difahamkan, ia
bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kebanyakan kes ini membabitkan remaja.
Selain itu, remaja berumur 14 hingga 17 tahun adalah golongan
yang paling banyak dilaporkan hilang di negara ini. Remaja perempuan kaum
Melayu pula mencatatkan statistik tertinggi hilang berbanding kaum lain, tetapi
kelompok itu juga tersenarai dalam kadar tertinggi mangsa yang mudah dijumpai
semula.
Berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan, Cawangan Hal Ehwal
Awam Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, secara kiraan rawak, dua
daripada tiga laporan kes orang hilang membabitkan wanita.
ANAK LUAR NIKAH
Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan 81,000
anak luar nikah didaftarkan sehingga 2011. Manakala kajian penyelidik
Universiti Putra Malaysia (UPM) pula mendapati 300 remaja Melayu berusia 13
hingga 25 tahun terbabit dengan salah laku seksual dan seks bebas.
Dinyatakan, 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan
itu langsung tidak menyesal, malu atau takut malah menyifatkan pengalaman
berkenaan sebagai menyeronokkan.
Statistik
Polis Diraja Malaysia pula mencatatkan kes pembuangan bayi yang dilaporkan
antara 2000 sehingga 2006 ialah 580 orang, majoriti sebanyak 92 peratus adalah
bayi baru dilahirkan, manakala lapan peratus adalah janin. Di Lembah Klang saja
hasil laporan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007 mendedahkan seorang bayi
dibuang setiap 10 hari.
Artikel ini
disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 8:39 AM
https://www.hmetro.com.my/node/36116
Sorok kad SIM daripada ibu bapa
Afiq
Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my
Alam siber kini berubah pantas dengan pelbagai aktiviti sehingga
menjadikannya seakan-akan dunia berlainan dalam kehidupan manusia.
Lebih-lebih lagi pengguna siber bukan saja tergolong dalam
kalangan orang dewasa namun remaja dan kanak-kanak juga menjadi pemilik dunia
terbabit sehingga menjadikannya gaya hidup yang tidak dapat dipisahkan.
Namun dalam keghairahan dunia siber sekarang, timbul pelbagai
kelakuan buruk membabitkan jenayah, buli dan penipuan yang membelengggu tanpa
sempadan sehingga menjejaskan minda golongan belum dapat berfikir dengan baik
iaitu remaja atau kanak-kanak.
Oleh itu, CyberSecurity Malaysia (CSM) merancang memperkenalkan
kurikulum khas berkaitan siber di sekolah selari perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) yang berkait rapat dengan kehidupan remaja serta
kanak-kanak sekarang.
Naib Presiden Kanan Bahagian Outreach & Pembangunan Kapasiti
CyberSecurity Malaysia (CSM) Lt Kol (B) Mustaffa Ahmad, berkata kurikulum
berkaitan keselamatan siber akan dicadangkan kepada pihak terbabit untuk
digunakan menjelang 2019.
“Kami sudah membentangkan cadangan terbabit dan ia perlu dalam
keadaan siber sekarang.
“Setakat ini, kami sudah mencadangkan enam modul khas bagi
membendung gejala seperti buli siber, ketagihan Internet, jenayah siber dan
media sosial yang berkait rapat dengan kehidupan manusia sekarang,” katanya.
Beliau berkata, langkah terbabit bertepatan dengan kehidupan dan
gaya hidup manusia sekarang dan ia perlu bermula di peringkat awal iaitu waktu
persekolahan.
“Namun pada masa sama, kita memahami beban guru yang mempunyai
banyak tugasan lain jadi langkah wajar perlu difikirkan,” katanya.
Beliau berkata, kajian menunjukkan terdapat pelajar menggunakan
telefon pintar sehingga enam atau tujuh jam sehari.
“Ia waktu yang lama jadi kita sendiri pun tidak mengetahui apa
yang berlaku atau dilakukan dalam tempoh terbabit,” katanya.
Menurut Mustaffa, kalau dulu kita mempunyai ketakutan berkaitan
ketagihan dadah, sekarang masalah baru melanda remaja ialah ketagihan Internet.
Lebih memburukkan, jika dadah ada undang-undang berkaitan bagi
membendungnya, berlainan pula Internet yang wujud tanpa sempadan.
“Ketagihan siber membimbangkan dan saya bercerita juga
berdasarkan pengalaman.
“Terdapat kes remaja memberontak sehingga tidak mahu mengambil
peperiksaan selepas ibu bapa memintanya berhenti sekejap untuk melakukan
persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal tiba,” jelasnya.
Mustaffa berkata, biarpun nampak seakan-akan tidak logik namun
pemberontakan yang serius berlaku sehingga menjejaskan kehidupan berkeluarga.
“Siapa sangka hanya kerana siber, semuanya boleh mengganggu
harmoni dalam masyarakat terutama keluarga,” kata Mustaffa.
CSM antara agensi kerajaan yang terbabit dalam kempen CyberSAFE
yang diperkenalkan beberapa tahun lalu hasil kerjasama jangka panjang dengan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis Diraja Malaysia
(PDRM) serta syarikat telekomunikasi, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi).
CSM dan Digi antara yang giat mengkaji mengenai aktiviti siber
dalam kalangan remaja dan kanak-kanak di sekolah.
Sementara itu, Pengurus Program Digi CyberSAFE, Philip Ling
berkata terdapat kes yang mana-mana pelajar sekolah menengah mengakui menyimpan
dua kad SIM bagi kegunaan berbeza.
“Satu digunakan untuk berkomunikasi dengan ibu bapa manakala
satu lagi bersifat peribadi yang membimbangkan.
“Ia bermakna mereka tidak mahu ibu bapa mengetahui akitiviti
siber malah sanggup menukar kad SIM apabila pulang ke rumah bagi mengelak
daripada diperiksa ibu bapa,” katanya.
Katanya, itulah yang membimbangkan apabila pelajar mempunyai
‘jalan lain’ untuk aktiviti siber.
“Nasib baik bagi kanak-kanak di peringkat rendah, mereka masih
terkawal,” katanya.
Inisiatif CyberSAFE kini sudah beroperasi di lebih 7,500 sekolah
dan program terbabit akan dipertingkatkan ke luar bandar.
“Jika di bandar, kita nampak sedikit perubahan di kalangan
pelajar yang menyertai program,” kata Mustaffa.
Namun, menurut Mustaffa, di luar bandar cabarannya sedikit
berbeza apabila panduan mengenai teknologi bergantung kepada anak itu sendiri.
“Ibu bapa lebih terdedah kepada ICT di bandar namun luar bandar,
kepada anaklah tempat bergantung kepadanya,” kata Mustaffa.
Katanya, perlu kesedaran mengenai ICT bagi memahami tabiat anak
masing-masing.
“Kalau boleh, program kita mahu diperluaskan juga di peringkat
kanak-kanak seawal usia prapersekolahan dengan melatih guru tadika.
“Apa yang kami perhatikan, guru tadika datang dengan kursus asas
tapi modul berkaitan siber belum dimasukkan meskipun kanak-kanak pada usia awal
juga sudah terdedah kepada Internet.
Sementara itu, Ling berkata, ada ibu bapa yang mengambil sikap
sambil lewa dan menganggap buli sebagai lumrah hidup.
“Ada ibu bapa kata, biasalah kena buli tapi kalau buli siber
memberi kesan yang berlainan.
“Misalnya ketika nama anda dimasukkan dalam enjin carian bukan
maklumat terbaru mengenai anda yang terpapar tetapi apa yang paling popular,”
katanya.
Ling berkata, jadi meskipun kes buli siber sudah berlaku 10
tahun lalu tapi jika ia paling popular, akan kekal di Internet untuk carian
tertinggi.
“Anda Google nama anda beberapa tahun akan datang atau nama anak
anda, ia kekal di situ dan imejnya buruk,” katanya.
Impaknya tinggi untuk kanak-kanak apabila ia berlaku dan kekal
untuk jangka masa panjang.
Program CyberSAFE juga merancang memperluaskan capaian guru dan
bukan kepada guru ICT atau perpustakaan semata-mata.
“Ada masalah juga apabila guru kaunselor tidak mengetahui kaedah
terbaik untuk lindungi kanak-kanak mangsa buli.
“Terdapat
kes kanak-kanak yang memaklumkan mereka dibuli siber kepada guru terbabit akan
kecewa kerana apabila masalah dimaklumkan kepada guru kaunselor terbabit
bermakna guru lain juga akan tahu,” katanya.
Artikel ini
disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2017 @ 11:43 AM
https://www.hmetro.com.my/itmetro/2017/07/242525/sorok-kad-sim-daripada-ibu-bapa
Masalah sosial meningkat
NORDIANA JOHARI
28 FEBRUARI 2014
Dr Azri merawat bayi perempuan yang dipegang
Latipah sambil diperhatikan Pengarah JKM negeri, Zulyadain Limat di Hospital
Melaka, semalam.
BANDARAYA MELAKA - Majlis Tindakan Sosial perlu kembali
memainkan peranan secara agresif untuk menangani pelbagai masalah sosial dalam
kalangan masyarakat.
Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar berkata, inisiatif itu bagi membolehkan kajian dilakukan daripada sudut dasar sosial negara selepas hasil perangkaan menunjukkan angka besar bayi yang didaftarkan tidak mempunyai nama bapa.
“Eloklah diperhalusi peranan majlis ini kerana masalah sosial meningkat walaupun pihak media kurang memberi liputan.
“Saya berharap pihak berkenaan dapat menghidupkan semula dasar ini dan dijadikan salah satu topik bagi mencari kaedah membendung masalah sosial,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat bayi perempuan di Hospital Melaka yang ditemui di Taman Terendak Permai, Sungai Udang, 23 Februari lalu.
Dalam pada itu, Latipah berkata, Sekolah Harapan, Jasin merekodkan hampir 300 remaja mengandung yang seawal usia 14 tahun ditempatkan di sekolah berkenaan sejak ditubuhkan pada 2010.
"Setakat ini, 14 remaja sedang mendapat perlindungan dan diberikan bimbingan di sekolah itu sementara menunggu kelahiran," katanya.
Sementara itu, Latipah meminta ahli keluarga terdekat tampil menuntut hak bayi perempuan seberat 2.9 kilogram yang ditemui itu.
“Selepas mendapat perintah mahkamah, bayi ini akan dihantar ke Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras untuk dijaga sepenuhnya,” katanya.
Terdahulu, bayi terbabit sedang di bawah pengawasan doktor Hospital Melaka sebelum dihantar ke rumah perlindungan itu.
Pegawai Perubatan, Dr Azri Fikri@Fickry berkata, keadaan bayi berkenaan sihat dan beberapa rawatan sudah diberikan bagi mengelak jangkitan penyakit.
“Namun, kita masih perlukan ujian saringan kerana agak penting sebelum diserahkan kepada pihak berwajib,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/masalah-sosial-meningkat-1.255494
Statistik pelajar terlibat jenayah meningkat
WARTAWAN SINAR HARIAN
17 OGOS 2014
Abdullah (dua, kanan) ketika tiba di SK Jalan Paya Besar.
LUNAS - Pentadbiran sekolah dan ibu bapa disarankan supaya
tidak menyembunyikan sebarang kegiatan jenayah melibatkan pelajar atau anak
mereka dari pengetahuan polis.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, perkara ini adalah kerana jumlah pelajar dan remaja bawah umur yang terlibat jenayah dilaporkan meningkat setiap tahun dan semakin membimbangkan.
Menurutnya, sehingga kini lebih 33 suspek terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal ditahan dan 50 peratus darinya merupakan pelajar sekolah.
"Masalah ini berlaku kerana kurangnya pemantauan keluarga terhadap suspek selain mempercayai semua alasan diberikan oleh anak mereka.
"Terdapat juga dalam kalangan ibu bapa tidak mengetahui anak mereka terlibat dalam jenayah sehinggalah ditahan. Perkara ini tidak seharusnya berlaku sekiranya keluarga memantau pergerakan anak mereka dari awal selain memberikan didikan agama yang sempurna," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau ditemui ketika hadir ke Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Paya Besar dekat sini, baru-baru ini.
Abdullah berkata, sikap ibu bapa yang terlalu melindungi anak merupakan antara faktor ramai dalam kalangan remaja kini terlibat dalam pelbagai masalah sosial.
Katanya, ibu bapa tidak seharusnya terlalu menyebelahi anak dan ada antaranya menyalahkan pihak lain apabila anak mereka ditahan.
“Ramai dalam kalangan ibu bapa yang membenarkan anak mereka menunggang motosikal ke sekolah kerana ia merupakan satu kemudahan. Bagaimanapun dari pemeriksaan dijalankan mendapati lebih 90 peratus pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah tidak mempunyai lesen memandu selain tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.
"Ibu bapa dan pihak sekolah seharusnya memantau masalah ini selain memastikan pelajar mempunyai lesen dan cukai jalan tidak tamat tempoh. Remaja kini ada yang terlalu ghairah memiliki motosikal sehingga sanggup membeli motosikal curi. Ini berlaku apabila kenderaan itu dijual dengan harga RM250 hingga RM300 sahaja,” katanya.
Menurutnya, statistik kemalangan maut melibatkan remaja bawah umur dan pelajar turut membimbangkan dan dari sekatan jalan raya dijalankan mendapati remaja berusia 12 hingga 15 tahun antara yang sering ditahan kerana menunggang motosikal secara merbahaya.
“Kita akan mengambil tindakan saman terhadap pemilik motosikal. Kami juga turut memanggil ibu bapa suspek terlibat ke Pejabat Trafik bertujuan menerangkan kesalahan dilakukan. Lebih 90 peratus dari ibu bapa yang ditemui menyatakan mereka tidak tahu kegiatan anak mereka dan tidak sedar mereka keluar rumah.
"Lebih malang lagi apabila mereka terlibat dalam kemalangan. Kita meminta ibu bapa supaya lebih prihatin dan memantau pergerakan anak mereka untuk memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/statistik-pelajar-terlibat-jenayah-meningkat-1.308578
Jenayah menular dikalangan pelajar
NASRUDIN HASSAN
22 OGOS 2013
Nasrudin Hassan Tantawi
SEJAK tahun 2004 lagi, cadangan menempatkan
pegawai polis di sekolah-sekolah untuk menangani masalah disiplin serta
gansterisme dikalangan para pelajar telah dilakukan.
Malah,
Kor Kadet Polis juga telah ditubuhkan dengan kerjasama Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia bagi menjadi struktur sokongan dan mekanisme perhubungan
menangani kebejatan berkenaan.
Cadangan yang sama juga berulang daripada Timbalan Menteri Pendidikan baru-baru ini untuk meminta kerjasama daripada pihak polis untuk ditugaskan di sekolah-sekolah seluruh negara bagi tujuan tersebut.

Adakah
wajar perkara ini dilakukan? Adakah peranan kaunselor-kaunselor terlatih dan
para guru disiplin masih tidak mampu mengekang masalah disiplin dikalangan
pelajar?
Pendedahan akhbar hari ini, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia pula mengambil inisiatif dengan kerjasama pihak sekolah untuk mencambahkan penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah yang dikatakan bertujuan untuk menangani penglibatan pelajar dalam kumpulan kongsi gelap.

masalah disiplin dan kelakukan jenayah dikalangan pelajar semakin parah?
Maklumat yang diperolehi, statistik salah laku disiplin murid yang direkodkan oleh Kementerian Pelajaran dalam tempoh 5 tahun (2008 hingga 2012) menjangkau 107,191 orang yang merangkumi 10 jenis kesalahan.

Sebanyak
17,343 daripadanya adalah ponteng sekolah, 14,321 daripadanya adalah
berunsurkan jenayah dan 14,298 daripadanya adalah merokok.
Lebih
membimbangkan, 73.09 peratus merupakan pelajar sekolah menengah yang akan
menduduki peperiksaan penting sebelum menjalani kehidupan sebagai seorang
dewasa beberapa tahun selepas itu.
Isu-isu ini bukan suatu yang baru. Bahkan ia antara isu utama yang harus diberikan perhatian kritikal berbanding daripada flip flop decision kementerian yang merugikan pelbagai pihak sebelum ini termasuk penggabungan semula Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Pemuda Pas menyeru pihak Kementerian Pendidikan untuk mendedahkan sejauhmana keseriusan salah laku disiplin dikalangan pelajar dan apakah-apakah sebenarnya langkah-langkah yang telah diambil kerana pihak kami mendapati Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang telah diterbitkan pada bulan September tahun lalu tidak menyentuh secara eksplisit berhubung isu ini.
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda Pas

Ahli Parlimen Temerloh
**Pandangan ini dipetik dari laman sosial Facebook (FB) beliau
sendiri.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.
http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/jenayah-menular-dikalangan-pelajar-1.194632