- BAB 1 : SEJARAH ASAL USUL BAHASA MELAYU

Asal
usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun
terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu,
seperti mana berikut:
1.
Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan
hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
Dikatakan
orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk
mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2.
Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah
Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai
Melayu.
3.
Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang
menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang
dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4.
Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau
mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang
bergerak dari Yunan.
Asal
Usul Bangsa Melayu
Dipercayai
berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama dikenali
sebagai Melayu Proto. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman
Batu Baru (2500 Sebelum Masihi) Keturunannya Orang Asli di Semenanjung
Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan
kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Berpindah ke Asia
Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi. Keturunannya orang
Melayu di Malaysia, dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak
dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak
daripada Melayu Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang
ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa
yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini. Nik
Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa
dalam filem bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan
Tibet-China.
Bahasa
Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan
bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
Perkembangan
Bahasa Melayu
Ahli
bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
- Bahasa
Melayu Kuno,
- Bahasa
Melayu Klasik dan
- Bahasa
Melayu Moden.
Bahasa
Melayu Kuno
Merupakan
keluarga bahasa Nusantara
Kegemilangannya
dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua
franca dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya
di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
Ia
menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
- Bersifat
sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
- Tidak
terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
- Mempunyai
sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Banyak
dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti
menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan)
Bahasa Melayu.
Bahasa
Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
- Pengaruh
agama Hindu
- Bahasa
Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki
yang tinggi.
- Sifat
bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa
Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
- Batu
bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
- Batu
bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
- Batu
bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
- Batu
bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi
(686 M)
Bahasa
Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M)
ditulis dalam huruf Nagiri.
Ciri-ciri
bahasa Melayu kuno:
- Penuh
dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
- Susunan
ayat bersifat Melayu
- Bunyi b ialah w dalam
Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
- bunyi e pepet
tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
- Awalan ber- ialah mar- dalam
Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
- Awalan di- ialah ni- dalam
bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat -niparwuat)
- Ada bunyi
konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h(Contoh: sukhatshitta)
- Huruf h hilang
dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya:sahaya)
Peralihan
Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
Peralihan
ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara
pada abad ke-13.
Selepas
itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur
ayat dan tulisan.
Terdapat
tiga batu bersurat yang penting:
a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
- ditulis
dalam huruf India
- mengandungi
prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
- bahasanya
berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
- masih
memakai abjad India
- buat
pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi,
Allah dan rahmat
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
- ditulis
dalam tulisan Jawi
- membuktikan
tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga
batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu
kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
Bahasa
Melayu Klasik
Kegemilangannya
boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
- Zaman kerajaan
Melaka
- Zaman
kerajaab Acheh
- Zaman
kerajaan Johor-Riau
Antara
tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin
al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
Ciri-ciri
bahasa klasik:
- ayat:
panjang, berulang, berbelit-belit.
- banyak
ayat pasif
- menggunakan
bahasa istana
- kosa kata
klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul
(bersedih)
- banyak
menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah,
hatta, adapun.
- ayat
songsang
- banyak
menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''
Bahasa
Melayu Moden
Bermula
pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan
zaman bahasa Melayu moden.
Sebelum
penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi
sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di
pusat pendidikan Islam.
Selepas
Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai
pengantar dalam sistem pendidikan.
Semasa
Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Akta
Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam
sistem pendidikan negara.


No comments:
Post a Comment